KLINIK DR.HANNANI

post ini ditujukan kepada diri sendiri dan bakal doktor yang ingin membuka klinik sendiri.
Maka bahasa yang saya gunakan adalah sedikit  ke'medic'an

 Macam yang saya ceritakan di post sebelum ini bahawa saya akan buka klinik under MARA. Namun, ada perkara lain yang saya fikirkan.

KALAU ANDA BERAZAM NAK BUKA KLINIK INI STEP BY STEP YANG ANDA PERLU BUAT
S

Saya akan bahagikan post saya ni kepada 3 bahagian

  • sebelum 
  • semasa
  • selepas

Jadi post kali ini saya akan kongsikan apa yang anda perlu buat sebelum QUIT GOVERNMENT

1. Cari mentor

  untuk memiliki klinik sendiri,read; stand ur own, adalah sangat penting untuk kita memilih guru kita. Sebab, tak semua orang sanggup berkongsi macam mana cara-cara dia buka klinik, dan x semua orang caranya sama. Setiap negeri UKAPS nya lain-lain. 
  Pengalaman saya sendiri, saya memilih mentor saya NURUL AINA AWANG  melalui facebook. saya suka interior klinik dia. sangat cantik.
untuk pengurusan saya berguru dengan yusoff shahrudin batch mate saya masa kat indon. Dia ni bukan calang-calang orang. Dia memiliki 6 buah klinik. sangat bagus. saya kagum.
Adat berguru, pergi dan lihatlah dulu klinik dia. tanyakan macam mana dia buat,berapa kos dia habiskan, mam mana system dia guna. 
Pilih sebanyak mana mentor dan tambah tolak sendri klinik yang anda idamkan. 

  1. 1. ada orang hired contractor 100k-150k dorang set upkan anda tinggal masuk and tmbah tolak
  2. even ada orang siap 3 minggu je renovation. 
  3. 2. Ada orang dia buat semua sendiri, cari tukang, ukur bilik sendiri, beli bahan mentah sendri.
  4. 3. Ada orang dia amik klinik yang nak jual and tukar nama sahaja.

tergantung anda nak pilih yang mana.

saya sendiri...saya pilih no 2.

kenapa?

  • Sebab saya nak roh klinik tu
  • ,saya nak ada bonding ngan klinik tu.
  •  saya nak save budget 
  • saya nak puaskan hati yaitu, bila saya pilih p[intu sendiri, tap air sendiri, lampu sendiri

2. big WHY?

kenapa?
kenapa nak buka klinik?
apa target anda
adakah 
  • tak suka dengan system kerajaan
  • nak gaji banyak
  •  nak jadi boss
  • tak suka tengok pesakit ramai
  • nak masa sendiri
tak kisah apa jua WHY anda, tapi ingatlah, buka klinik ni adalah satu bisness...prinsip dia sama dengan bisness lain..
apa yang kita usahakan, itu yang kita dapat.
There is no room for MALAS


pesan mentor saya yusof, 
"pada 2 tahun pertama, ko tidak dibenarkan cuti, kene kerja kene banyak korban. Bia orang kenal kita, bia kita ada nama kat kawasan situ"


3. Pilih lokasi
  Banyak teori nak pilih lokasi yang baik..
ada kawan saya dia dah buka 5 klinik tapi smuanya lokasi tak best so dia tukar . Ada kawan saya terus sekali pilih dah OK. JAdi lokasi klinik ni factor kedua menentukan klinik ko ni Berjaya ke tak
Yang pastinya factor pertama orang dating klinik adalah kerana DOKTORNYA.


Teknik pilih lokasi yang orang ajar saya
  • berdepanan dengan jalan besar
  • Mudah Parking
  • Kawasan mudah dilihat
  • Dekat dengan kejiranan
  • Shell,McD ada mall tempat tumpuan ramai itu bonus
  • mudah untuk uturn
  • taburan penduduk, kalo kamu melayu cari perjiranan yang tinggi populasi melayu
  • Tengok juga factor sosioekonomi, Sebab kita ni buat bisnes,ramai orang dating,banyakla income kita
Alhamduliullah

klinik saya di sebuah taman, berdepanan dengan secret recepi, bersebelahan dengan Tesco dan MCD dan di jalan Utama tu ada shell dan KFC..Parkingnya sangat luas
4. Siapkan document



  • surat perletakan jawatan 
  • Borang A
  • APC  yang tertera nama klinik kita
  • surat perjanjian dengan sharp and clinical waste
    • yang ni ada macam-macam clinco,sharpNbins, dan banyak lagi..gugel je and call.
    • lepas tu dia suruh bayar rm 50 untuk buat perjanjian..nanti dia emailkan perjanjian sisa klinikal tu
  • IC
  • Sijil ijazah
  • Declaration dari comiisioner of Oath
  • Pelan lantai

Untuk dokumen ni memang leech sikit tetapi ia sangat penting untuk kita dapat SURAT IZIN MERENOVASI.

Dengan adanya surat diatas sahaja anda debenarkan merenovasi klinik. Kalo tak de..kene saman..nayeee


Untuk Lebih paham saya akan explain pasal pelan lantai, Surat perletakan jawatan KKM,APC dan Borang A

Yang lain senang je..kalo kita seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang doctor dokumen lain takde masalah punya


Ini cerita saya,

 Saya memberi notis perletakan jawatan saya pada 18 November, Notis 30 hari saya bermula 1 desember hingga 30 desember.


Saya ambil kedai dan dah buat agreement kedai pada 26 November start bayar pada januari.

Jadi jika saya tak start renovate cepat-cepat saya akan bayar rental kedai saje-saje..
masakkklaaaaaa bukannye seribu dua..hmmm tak yah tanya berapa

apa yang saya buat

  1. saya minta surat notis 30 hari saya dari pejabat kesihatan daerah untuk membuktikan saya memang sedang meletakkan jawatan.
  2.  untuk APC memang lambat.  kita boleh dahulukan dlu form APC biasa tu je..tak perlu sijil APC yang bebtul tapi tetap proceed anta untuk tukar APC tu, sebab time inspection dorang minta
    1. Bagi yang quit gomen, nak tukar APC kene ada 
      1. Salinan buku perkhidmatan yang disahkan
      2. APC yang sebelumnya
      3. form APC (kalo dah buat ,buat addendum )
      4. Wang Pos bernilai rm 50
      5. Surat perletakan jawatan(dari PKD pun takpe)
  3. Pelan Lantai…
kesah pelan lantai ni… Saya naik turun UKAPS lebih 7 kali.
Saya tak hired contractor sebenar yang biasa buat klinik,jadi saya buat pelan lantai dan bayar arkitek untuk jadikannya legal.

SO..banyak ai jimat..
Kalo uolls kaya.. hired contractor dan arkitek jew untuk buat sume tu...so takyah fenin2 macam aiolls


5. dapatkan surat IZIN MERENOVASI dan boleh renovate kedai


dah dapat surat tu....renovate laaaaa… Ikut pelan lantai yea..jangan sesuka hati nak ubah ..





Comments

Popular Posts