CONGRATULATION TO ME!!!'



Hari ni genap sebulan klinik aku beroperasi. Alhamdulillah





Masih segar lagi opening kami 16 hb February tempoh hari… Sangat indah!!!




ALhamdulillah

tak sangka sambutan yang kami dapat sebegini.. Terima kasih orang Parit Raja


OK..
Apa khabar hannani?
ANak?

Now kita cerita sedikit kearah peribadi 

Minggu pertama semangat berkobar-kobar, pesakit juga ramai jadi badan sangatlah letih.
Minggu kedua letih yang teramat juga, sehinggakan saya terpaksa menspakan badan dan melokumkan klinik.

Kalo nak tanya how the clinic progress, saya cakap alhamdulillah..lebih dari cukup..semua sebab doa orang-orang sekeliling yang berterusan


Culture shock nya…
saya rindu anak-anak…
walaupun mereka ada Bersama saya dibilik khas belakang klinik, tapi bila saya free hanya boleh rehat dan melakukan kewajipan semayang,mandi dan  rehat sahaja

Ada celah-celah yang banyak..saya syukur..dapat main ngan anak-anak.

Terima Kasih..Aqeed Anas kerana membantu mama mencapai cita-cita mama.

MAafkan mama

Mama janji nak gi Tesco...tapi bila sampai dipintu Tesco ..mama kene patah balik..gi tengok pesakit di klinik...bila mama pergi balik Tesco..bibik dah bawak kalian pulang jalan kaki(500meter) 

Sedih kan..


Bila mama janji gi kolam..beriya mama siap-siap..ssekali bila dah nak start kereta..pesakit diklinik ramai yang menunggu..mama terpaksa tinggalkan ngn bibik bermain kolam.. sedihhh sangat




bila mama dah free mama gi amik kalian...semua orang dah tak ada dikolam..hanya tinggal anak-anak mama sahaja..

maafkan mama


Mama cuba untuk penuhi waktu mama Bersama kalian..seboleh mungkin,bila habis waktu bekerja tak nak tengok hp,xanak balas msg..masa mama memang mama nak habiskan dengan anak2 mama saja..

tengok anas sekarang..
kadang- kadang tesasul panggil mama bibik..sebab most of time spent with bibik jew

Sayang bagi masa untuk mama tahun ni sahaja,
selepas ni, kita akan hidup normal..
mama janji


alhamdulillah.. bagi mama luas sangat rezeki Allah...
Saat mama sibuk dengan pesakit..dapat rezeki untuk klinik rolling modal dan bila tiada pesakit itu adalah rezeki mama bermain dengan anak-anak mama

Sekian dulu coretan mama...
Mama nak anak-anak mama tahu...mama juga tersiksa merindui kalian..

doakan mama

mama nak tolong orang

mama nak tolong keluarga
mama nak jadi ibu yang hebat jugak




Comments

Popular Posts